Thursday, August 25, 2011
RAMADHAN!!!!!!!!!!!!
Tuesday, August 16, 2011
CALLING FOR FREEDOM
it comes to a point where people gettin bored or even care bout it no more.
Tuesday, February 22, 2011
JANJI HANYA TINGGAL JANJI~
Sunday, February 20, 2011
BILER CINTA-NYA TAK DIHARGAI....HUH!
(tp rse nyer lau ak takat tulis kt cni, cm tk trase sgt kot~). seriously, rse terkesan sgt! Tak tau la kalau2 org laen da penah dgr an. Tp ntok aku mmg first time arrr. Cter neyh ak dgr drpd kawan aku time dier cter kat bdk2. Sbb sbnar nyer cter neyh deme dgr drpd org len sbnar nyer....(lmbat rupe nyer aku! Hahah sbb...hoh! ne leh gtau)
Stat nyer dgn sorang pemuda yg handsome arh nak habaq mai. Dier neyh ader sorang isteri (setia tol). Satu hari, dier pon keluar lar g keje cam bese. Ble da abes keje, balek ar umah nak g mane g an. Ble da sampai umah, dier tgok ader satu pasang kasut lagi. Aper masalh nyer?? Kasot jer pon! Tp, itu kasot lelaki!! Ble di buka jer pintu umah...
alangkah terperanjat nyer ble tgok isteri sendiri sdg bermadu kasih ngan
laki laen kat dlm rumah tu!! Rse nyer..hanya Allah yg tau. Pedih! Tros jer terkeluar drpd mulut pemuda tuh, “ aku ceraikan kau talak 3!!!”
takper la...biar la...yg lps tu biar la lps! Pemuda tu meneruskan hdup nyer. Dan akhir nyer , cinta yg baru muncul. Tak lame deme amek mase ntok mbina rumah tangga (nak elak maksiat la). Satu hari, bile pulang ke rumah....
kasut lelaki!! Takkan perkare same berulang??? Takkan!!!! Ble dtolak jer pintu...
huh! argh!!!!
“AKU CERAIKAN KAU TALAK 3!!!!”
KENAPE???!!!
KENAPER???!!!
KNAPER MENDER NEYH SUMER JADIK KAT AKU?????!!!!!
Pemuda tu terus berlari....
Dan berlari....
Teruuusss berlari.....
Diiring tangisan yg membasahi pipi....perit!
Tiada hala tuju....
Tiba-tiba, larian pemuda itu terhenti! dan dilihat tersergam kukuh di hadapan nya.....
“Subhanallah! Terasa sudah lama aku tidak ke sini!”. Pemuda itu melangkah masuk.....ssss..... Sunyi sepi.
Tiada seorang pun kt dlm. Mungkin sbb da mlm. Sumer org da balek kot. Kemudian, bahunya di sapa oleh seseorng!” Errrrr......sape lak mlm2 bute neyh????” pikir pemuda tuh. Rupa2 nyer, seorang lelaki yg sudah tua. Fuh! Putih dr atas smpai bwh! Lelaki tua tu pon tanyer la kat pemuda tuh, “ anak ney dr mane? Knape dtg ke sini mlm2 begini dan.......menangis????”
Tanpa rasa sangsi, pemuda tu pun menceritakan segala nyer kpd org tua tu dr A sampaaaaaiiii lah Z!
Mendengarkan kisah pemuda malang itu, lelaki tua itu menyuruh pemuda itu mengangkat tangan kanan nyer. “la nak wat per lak neyh??” disuruh goyang2 kan tgn nyer. (cam kt tadika la plak!hahah) kemudian di suruh pula pemuda itu meletakkan tgn nyer ke dada. “pejamkan mata, dan dengari apa yg ingin saya nyanyikan untuk anak!”
(lagu dier adalah lagu Hasbi Rabbi! Tp lam bhs melayu...korunk nyanyi ar snirik!)
“Hanya Allah........ada di hatiku.....
Cukuplah bagiku......kebesaran-Mu......
Nabi Muhammad.......Shalallah.....
Tiada Tuhan......selain Allah......”
Satu persatu titisan air mata pemuda itu mengalir.....ya! biarlah apa sekali pun terjadi, tp....Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-Nya. Cinta kepada-Nya adalah hakiki. Tidak akan ada seorang pun yg akan berupaya merampas rasa kasih itu drpd diri kiter , tidak akan ada yang nak jelez2, tidak akan ader pihak ketiga, dan...yg pling penting... tidak akan ader istilah perpisahan......kerana Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang......
Tp...tulah, still ader yg tak sedor dan masih tak mahu menerima rase sayang tuh....hmmm npe ah??? Hahahahahhaha nta la.....
Thursday, February 17, 2011
RAMAI YANG TAK SEDAR KE, ATAU BUAT2 TAK SEDAR????
Monday, February 14, 2011
SALAM MAULIDUR RASUL!!!
Maulidur Rasul merupakan detik yang amat istimewa. Lantaran itu, ada-ada sahaja aturcara yang susun oleh masyarakat Islam demi meraikannya. Namun, sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa pengisian yang sewajarnya, tidak ubah seperti sebiji gelas kristal yang indah, tetapi kosong tanpa isi – amat merugikan! Dan ia pasti menjadi lebih sia-sia apabila Muslim sendiri tidak mendaulatkan sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW.
Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." (An Nissak:59)
"Kembalikan kepada Allah dan Rasul" yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Justeru , tidak dapat tidak, manusia tidak hanya perlu bergantung kepada kitab Allah, tetapi juga sunnah Rasulullah yang mempunyai pengaruh amat besar dalam perluasan pembinaan hukum Islam.
VALENTINE'S DAY???? SAY NO!!!!!
Sejarah Valentine's Day
Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Fikirkan
Jika kita menjadikan ini sebagai alasan untuk menyambut 14 Februari, dek kerana kesungguhan seseorang menegakkan hak manusia untuk berkahwin, mengapa pula penghormatan itu harus diberi kepada seorang paderi Kristian? Sedangkan di kalangan utusan Allah semuanya banyak berkorban demi cinta mempertahankan agama. Kenangilah rasa cinta dan kasih yang tak terhingga Rasulullah SAW yang banyak berkorban demi kita, umatnya yang amat beliau kasihi. Sungguh, jangan pernah kita meletakkan penghormatan itu lebih tinggi kepada pemimpin dari kaum kafir berbanding pemimpin teragung kita, Muhammad SAW!
Kita sedia maklum, sesuatu perayaan yang tidak berlandaskan agama Islam pasti mendatangkan sejuta keburukan dan kebinasaan. Lihatlah, berapa ramai anak-anak gadis seagama yang telah terkulai layu di tangan kekasih hati hanya demi membuktikan rasa cinta yang berinspirasikan Saint Valentine? Berapa ramai pemuda-pemuda yang menggalas tugas khalifah di muka bumi melakukan maksiat dan zina demi tarikh yang dianggap keramat itu ? Segeralah kita membendung sambutan Hari Valentine. Jangan biarkan benih kesesatan menumbuh lalu menjadi pohon yang menutupi sinar iman di dalam hati.
Ingatlah firman Allah, "Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (al-Baqarah:120).
BLE NEYH???????
ramai yang cuba berteka-teki